Abah's & Ibu's Little Precious ;)

baby

Friday, August 10, 2007

Terima kasih semua JU dan peserta Kursus Asas Pemulihan Khas GSTT SKM 2007.

Salam,

Supposed Fini bercerita ttg isi kandungan kursus yang telah Fini hadiri baru-baru ini. Fini x tau nak mula dari mana. Memang banyak yang Fini perlu perbaiki. Pertamanya, dari segi jadual P&P Fini, masa Fini x cukup. Td pagi dah beritahu pd my GPK1, Cikgu Aidi...insyaAllah jadual baru bermula selepas cuti sekolah yang akan datang. Sian dia, dah le x abis lagi dgn audit.

Keduanya, bnyak yang Fini rasa Fini nak convertkan dlm bentuk multimedia. Bahan mentah dah ada, dari segi content, cuma Fini perlu cari elemen2 lain utk diadunkan supaya ramuannya sesedap rasa. (merepek kejap). Selain tu, Fini juga leh convertkan bahan bacaan bergred yang kami buat dalam kumpulan ke dalam bentuk big book. Mesti my students suka sangat, sbb hari tu Fini bacakan big book, depa mcm teruja dengan kebesaran buku tu, walaupun content dia x berapa sesuai dengan aras mereka sbb ada perkataan yang susah nk disebutkan terutamanya nama watak dalam English...Pinocchio dan Geppetto. Bahan bacaan bergred ini kami hanya buat 2 aras : aras rendah dan sederhana. Ada 10 kumpulan, jadi dpt la 10 cerita ekspres. Alhamdulillah.

Aras rendah (KV, KV+KV, KVK)
Kumpulan 1 : rusa
Kumpulan 2 : pari
Kumpulan 3 : nuri
Kumpulan 4 : sawa
Kumpulan 5 : kera
Aras sederhana (KV, KV+KV, KVK, KV+KVK, KVK+KV, KVK+KVK)
Kumpulan 6 : kancil
Kumpulan 7 : doktor
Kumpulan 8 : cincin
Kumpulan 9 : posmen
Kumpulan 10 : sampan
Aras tinggi (dari aras rendah ke vokal dan konsonan berganding)

Fini dalam Kumpulan 7. Bahan bacaan bergred aras sederhana - (dr KV hingga KVK+KVK ). Kami ditugaskan membuat format seperti berikut : (ini contoh yang dibuat oleh kumpulan Fini, tapi masa bengkel P & P ni, kami lukis) T.kasih semua : Sunita, Nor Ezdiany, Noraslezai, Mohd Ozua, Mohd Faizal dan Norlailahusna.

Kulit buku
m/s 1 : Sebutkan gambar, eja dan baca bg 6 perkataan yang hendak ditekankan dlm cerita.
m/s 2 - 14 : 15 ayat cerita bergambar.
m/s 15 : Tiga soalan kefahaman.
m/s 16 : Lirik lagu mengikut melodi.

DOKTOR
Sebutkan gambar, eja dan baca. (m/s 1)


doktor (kvk+kvk)


jarum (kv+kvk)


kereta (kv+kv+kv)
ubat (v+kvk)


hospital (kvk+kvk)


sambal (kvk+kvk)

Cerita bergambar. (m/s 2-14)

1. Ini Doktor Ramlan.
2.
Doktor Ramlan pakar perubatan.
3.
Doktor Ramlan pergi kerja pandu kereta.
4.
Kereta Doktor Ramlan jenis Honda.
5.
Doktor Ramlan kerja di Hospital Pekan.
6.
Ini pula Mahmud .
7.
Mahmud belajar dalam Tahun Enam.
8. Satu hari, Mahmud makan sambal.
9.
Mahmud rasa sakit perut.
10.
Mahmud jumpa Doktor Ramlan.
11.
Doktor Ramlan suntik Mahmud.
12.
Doktor Ramlan juga beri ubat pada Mahmud.
13.
Ubat Doktor Ramlan warna merah.
14.
Mahmud sembuh dari sakit.
15. Mahmud suka hati.
16.
Doktor Ramlan rasa gembira.

Soalan kefahaman. (m/s 15)

1. Doktor Ramlan doktor apa?
2. Mahmud sakit apa?
3. Doktor Ramlan pandu kereta apa?

Mari menyanyi. (m/s 16)

Ini kisah Doktor Ramlan.
Doktor Ramlan doktor pakar.
Doktor Ramlan ada jarum dan ubat warna merah.

Doktor Ramlan murah hati.
Rawat pesakit hari-hari.
Bagi ubat dan suntik di bahu kiri.

Semalam Mahmud sakit perut.
Mahmud jumpa doktor,
"Doktor, saya sakit perut."

Ubat...ubat...ubat... |
Mahmud pun makan ubat. ulang 3 kali
Mahmud pun sihat. |

(melodi lagu Doraemon)

Ketiganya, dari segi penulisan buku rekod mengajar juga perlu diperbaiki. Selain itu, kami perlu tekankan teknik tulisan cantik pada pelajar. Fini akan ingat...
"Tiang sampai atas, ekor sampai bawah, tulis rapat-rapat, tapi tak kena, tengah sama besar, selang satu jari, akhir ada titik, pensel mesti tajam." Semua tentu akan ingat kan? Dengan gayanya sekali. Hehe.

Banyak sgt sampai tak tercerita di sini. Satu lagi, kata-kata KS :
dulu : Guna Untuk Rakyat Umum
sekarang : Celik Intelek Kerana Guru Unggul

Ok, terima kasih semua. Kenangan dan ilmu yang Fini dapat bersama semua Fini tak mungkin lupakan, insyaAllah. Ada rezeki, kita jumpa lagi.

Thanks to Parimala (SJK T Cheroh) sebab dpt la Fini teman perjalanan pergi dan balik ke Cherating - Bentong. Huhu, pengalaman yg betul2 x leh Fini lupakan, berjalan kaki di tepi highway...huhu...Ayah ckp x de call entry pun. Aiks..pelik sungguh, nasib ada Abang Man, suami Kak Yang leh tolong jemputkan. Betul2 bahaya jalan kaki tepi highway.

Ni pula, my housemate utk tempoh 4 hari. Bilik 1206, Blok A. Seronok dpt kenal semua. Nana, Fini dh kenal masa taklimat dulu. Rakan baru Kak Ana dan Raudah. Bila dgr cerita org lain, rs bersyukur sgt2 Fini ditempatkan di kampung halaman sendiri dan leh dok ngan family. Raudah, jgn sedih2 tau. Make your life at school fun, baru x stress. Kak Ana pula jenis yang maintain cool je, dengar dia bercerita pun senang. Nana punya students kelakar la...nak2 si Azimah, mcm2 gelagat. Apapun, pelajar Pemulihan Khas ni speacial, dalam bentuk lain, hubungan kita dengan mereka boleh jadi sangat rapat. Semuanya bergantung pd diri kita juga. Fini ingatkan diri Fini juga sebenarnya.

Jumpa nanti. Good luck semua. Rajin2 la berhubung either via sms, e-mail or apa jua bentuk perhubungan. Semoga apa yang dikongsikan bersama mendpt manfaatnya. InsyaAllah. Salah dan silap mohon dimaafi. Tak mesra tak bermakna sombong. Tapi itulah Fini.

Terima kasih juga utk JPN Pahang (Unit Pendidikan Khas) kerana telah menganjurkan program yang sangat bermakna ini. JU, penceramah dan semua yang terlibat : En.Khairuddin b Man, En.Roslan b Mansor, En.Roslan b Nikmat a.k.a Selan Osni, Pn.Latipah bt Ali, En.Abdul Murad b Abdul Ghani, En.Mohd Alhamadi b Abu Bakar dan Pn.Kamariah.

p/s : Fini bertugas di daerah Bentong. Di Bentong hanya ada 2 org GSTT Pemulihan Khas. Seorang lagi adalah Cikgu Intan Suria bt Awang (SK Kampung Shafie). Kami baru kenal masa kursus ni.

No comments: